Sunday, May 31, 2009


Puisi Suami Untuk Isteri Untuk Kahwin Lain

Isteriku,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.



Lalu……
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanetlain…



Balasan Puisi Suami daripada Isteri
Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yangtelah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamudan….
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu…



AKAN TETAPIIIIIIII. .




Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti…
Cuba lihat siapa dirimu…


MATAHARI atau lilin ?


atau jangan-jangan



cuma mancis saja!!!!!



please lah….!!!




hahaha...pas baca lawak ni aku gelak golek2...



tak pernah dengar ada kereta yang sakit... kalau enjin rosak tu memanglah dikira sakit... hahaha!!!

adaker mana2 orang malaysia yang berani pakai nombor plat ni? kalau aku, bagi 3 juta ringgit malaysia pun aku x berani nak pakai punya.. hahaha!!
tahukah anda siapakah pemilik kereta ini? hahaha!!

credit to http://www.skycrewz.net/blog/




Esok sudah hari isnin... macam semua orang kata, i hate monday..haha. satu alasan tipikal untuk orang yang malas keluar cari rezeki. Aku pun ngantuk juga, tapi apa boleh buat, kena kerja cari duit nak bayar macam-macam.


Just nak congratz to henry henry sebab akhirnya berjaya juga dia memenangi piala yang paling berprestij. nak nak pula tu di pentas eropah. Tak sia-sialah dia tetiba tukar kelab.

Saturday, May 30, 2009

Aiii... Khamis depan nak kena pergi jumpa doktor lagi buat check up. Sakit apa? Rahsialah, x penting sangat janji aku still hidup dah cukup. Yang tahu aku sakit apa pun cuma CT. Paling tak suka jumpa doktor sebab mesti dia suruh stay dekat hospital, main inject2 kat lengan nak ambil darah.
Syringe is my worst nightmare....