Thursday, January 7, 2010

Banyaknya Gelaran Aku...


Korang pernah ada gelaran @ nama panggilan tak?


Mesti ada punya kan sebab time kecik-kecik, mesti korang diberi nama panggilan ikut fizikal @ personaliti korang macam Man Panjang, Awang Hitam, Minah Gebu.


Takpun korang diberi nama panggilan sebab nama asal korang panjang sangat macam Muthusamy Valiappan Apacha a/l Ronoli (merepek je nama ni. Hahaha)


"...Untuk post kali ni, aku nak ceritakan beberapa nama panggilan dan asal-usul nama panggilan tu..."


Time kecil-kecil dulu aku dipanggil Mie sebab nama asal aku Helmi, so nak cepat punya pasal, parent & sanak saudara aku panggil aku Mie je. Alasannya, senang disebut. Hahaha...


Ini time aku form 3, sebab dalam kelas aku ada 2 pelajar yang nama Helmi, so masing2 diberi nama panggilan yang berbeza. Helmi yang tu dipanggil Helmi Penyu sebab dia dari negeri penyu bertelur. Manakala aku pula dipanggil Mat Samseng.


Sebab apa dipanggil Mat Samseng? Sebab personaliti aku masa tu ganas sikit. Tapi panas baran pula tu, selalu juga lawan cakap cikgu kalau tak puas hati. Tapi sekarang ni aku dipanggil Mat je sebab aku dah tak ada lagi nak berperangai ganas-ganas macam tu. Kenangan time bebudak dulu-dulu ni. Hehe...


Ini masa study kat diploma dulu... Aku dipanggil Spy. Kenapa dipanggil macam tu sedangkan aku ni, xda ciri-ciri nak jadi spy macam James Bond.


Sebabnya aku selalu suka sikat rambut ke belakang (kalau korang pernah sekolah menengah tahun 1999-2001), fesyen rambut yang popular ialah sikat rmbt ke belakang. Bajet macho konon-kononnya... Bukan macam sekarang ni, semua buat rambut pendek tercacak-cacak...

"...Tapi sebenarnya nak elakkan dari kantoi dengan Cikgu Disiplin sebab kitorang time tu suka simpan rmbt panjang, kikis rambut tepi... Hahaha..."


Masa aku kerja pula, aku dipanggil Hitler sebab cara aku berikan arahan dan perintah yang ketat dan ganas pada anak buah aku (lepas kerja 2 tahun baru naik pangkat yang berjawatan lebih senior sikit).


Zaman tulah aku selalu ragging anak buah aku, suruh diorang berfikiran kreatif dan tingkatkan skill diorang. Aku nak tengok diorang majukan diri, jangan asyik berada dalam zon selesa saja.

At least, adalah beberapa anak buah aku yang tunjukkan peningkatan, so bolehlah aku berhenti kerja sebab nak sambung Ijazah kat UiTM Shah Alam...


"...Mari kita lihat nanti apa yang kawan-kawan degree batch aku akan panggil aku nanti..."
See you in da next class kalo aku tak bz ya ^_^
07.01.2010

Tuesday, January 5, 2010

Di Persimpangan Dilema~~


Susah.. Susah... Aku berada dalam dilema


(...Teringat pula lagu Di Persimpangan Dilema nyanyian Nora)


Agaknya korang tertanya-tanya kenapa dengan aku ni? Dah tak betul ke? Jangan risau, aku ok je cuma aku berada dalam dilema sebab tak sure nak ambil subjek apa untuk antar disiplin


"...Subjek Elektif pula tu..."


Memula aku ingat nak ambil Photography sebab aku memang minat sangat. Tapi aku ragu-ragu juga ni sebab persoalannya boleh ke orang biasa (not natural born Photographer) ambil subjek ni? Ingat nak ambil subjek Drawing, tapi aku pun dah lama tak melukis, dah dekat 5 tahun lebih tu >_<...


Apa nak buat? Apa nak buat ya? Hohoho...


Ini betul-betul brutal punya dilema ni... @_@
See you in da next class kalo aku tak bz ya ^_^
05.01.2010

Project..oo..Management~~


Kembali lagi... Hehehe... Hari ini memang lawak gila. Kelas Project Management pada waktu pagi tadi, korang tau bukan sapa lecturer aku? Encik Ghazali...

Berikan tepukan untuk En. Ghazali sebab kembali mengajar!! Clap Clap Clap

(Maaflah sebab aku tak pasti tahun berapa dia kembali mengajar sebab dah dekat 5 tahun aku menjauhkan diri dari FSSR)

Tak sangka lepas 5 tahun beliau bekerja di Unit Korporat UiTM, Encik Ghazali mengajar balik, nak-nak pula tu mengajar group aku... (Group D). Yang lagi best, Encik Ghazali still boleh cam satu-satunya pelajar dia yang sekor ni yang perangai macam hantu terlepas dari kandang... Tapi yang tak syoknya, aku dah 26 lah encik. Tak percaya ke aku umur 26? Hahaha~~

Apa-apa pun, sila beri tunjuk ajar pada saya ya Encik Ghazali walaupun saya ada pengalaman, saya masih dahagakan pengetahuan ^_^ Good Luck To Me!!
See you in da next class kalo aku tak bz ya ^_^
05.01.2010

Monday, January 4, 2010

Tahun Baru 2010, Semester Baru Juga...


Perghhh, lama gila tak update blog ni. Maklumlah sibuk sangat masa cuti sebulan ni. Nak rehatkan minda aku yang dah penat dengan permainan dunia ini...

Lupa nak kata, Selamat Tahun Baru untuk semua kawan-kawan~~
Apa agaknya azam korang semua tahun ni? Azam aku? Sama macam tahun-tahun yang lepas juga.

"...Aku berazam semoga tahun ni aku dapat mengcontrol mulut aku dari sumpah seranah orang yang suka buat aku marah. Tak mau lagilah sebut-sebut organ perkumuhan lelaki dan perempuan tak kira dalam apa bahasa pun..."

Cukuplah, dah nak dekat 30 tahun ni, aku patutnya jadi contoh yang baik pada kawan2 gua yang muda. Satu hari nanti aku kena jadi mentor untuk generasi muda juga (Ececece :P)

Mulai 4.01.2010 ni, bermulalah semester baru untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam Seni Reka Grafik di UiTM Shah Alam. Dah semester 4 ni, lagi 2 semester lagi baru aku boleh grad.

"...Kalau ada rezeki, mungkin aku nak sambung Master...."

Sepanjang aku study kat UiTM ni, aku dah jumpa kawan-kawan dengan perlbagai jenis personaliti. Boleh dikatakan pengajian aku di peringkat ini memang happening dan terlampau lawak takdalah glooming time diploma dulu. Sebabnya bila dah mecam-macam jenis personaliti disumbat dalam satu tin kosong, bolehlah korang bayangkan apa yang jadi kan?

Nasib baik ada juga lecturer lama yang pernah mengajar aku masa Diploma dulu masih cam muka aku walaupun dah nak dekat 5 tahun tak jumpa dan wajah aku pun dah banyak berubah.

Soalan yang paling tak boleh blah masa aku study, ada yang tanya:

"Dah tua-tua ni, kenapa nak sambung belajar lagi ni? Patutnya umur macam kau ni dah boleh kawin dah..."

Soalan yang aku malas nak jawab. so aku jawablah dengan senyuman. Nenek pernah kata senyuman tu satu sedekah... Hehehe

Untuk semester ini, FSSR (Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka) dah buatkan laluan pejalan kaki kat bukit sebelah FSSR, so takdalah lagi pelajar diorang bersusah-payah panjat bukit nak pergi kelas.

Oh yes, Studio Grafik dah pasang aircond dah, best ni. Puan Jamizan pun kata diorg tgh dalam proses nak pasangkan 30 PC baru... iMAC model yang terlatest ke puan? Hehe

Yang tak bestnya, FSSR dah pasangkan palang auto sebab tak mau ada masalah kesesakan parking lagi macam semester lepas. Aiyo, kalo aku tahu awal-awal, patutnya aku beli motor Ducati, bukannya MYVI..Huhuhu... Tapi mungkin dalam 5 tahun lagi aku nak pakai Satria NEO plak. Doakan jer k...

Masalah pendaftran kumpulan? Masalah yang sama setiap kali semester baru bermula. Sian plak dengan student group lain sebab group lama diorang dah kena eliminated so maknanya diorang kena masuk group lain lah. Tapi masalahnya, satu group cuma boleh sumbat 30 orang je, so sapa cepat dia dapat. (Nasib baik aku dah daftar awal-awal sebab 'orang dalam' nasihatkan aku daftar awal sebab next semester group maybe nak kena dikurangkan...) Pada pemerhatian gualah, group C lah yang jadi pilihan ramai pelajar..

Dei, group D pun best apa :P

See you in da next class kalo aku tak bz ya ^_^
04.01.2010

Sunday, November 29, 2009

new quiz new quiz..haha

Firstly: If you've been tagged, you must write your answers in your own blog and replace any question that you dislike with a new, original question.
Secondly: Tag eight people. Don't refuse to do that. Don't tag who tagged you.


Who sleeps in bed next to you?
nobody..if u ask me, i wish jun-on sleep with me..haha


Have you ever lied to a teacher to get out of a deadline?
sometime when i study diploma XD


What kind of books do you read?
graphic design


Best day of the week?
everyday is my best day (biasalah cuti)


What's really creepy?
men want to be girl

Who is your celebrity crush?
Hiiro Mizushima..Haha XD


What's your current fandom/obsession/addiction?
Kamen Rider


What are you listening to right now?
WBX Half Boiled (Kamen Rider Double Op) by Aya Kamiki & Takuya


What did you eat for lunch today?
nasi campur maa


What websites do you always visit when you go online?
facebook, youtube, blog, uitm student portal


What was the last thing you bought?
haha...i never buy anything for myself. i am not shopaholic

What was the cutest thing you've seen today?
baby girl smile & laugh at me..so cuteeeeeeeeeeee

Does the weather affect your mood?
ya... if its too sunny..my skin will become itchy.. (mayb i am vampire)

What is your zodiac sign?
Leo or Virgo? Confuse maa XD

Do you want to learn another language?
Yup.. Want to learn Sarawak & Sabah's language

5 things you can't live without.
My car, DELL pc, Nikon DSLR, my PDA, KLUE mag

If you could meet anyone now, who would you meet?
Glay Glay..haha

What's something you'd like to say to someone right now?
Hohoho...secret

What are you looking forward to?
A better future for myself

Say something to the person who tagged you:
Haha, sori lambat reply ur tag Glay Glay..bz maa


8 people that i wanna tag:
i. Hija
ii. Azli
iii. Erfi
iv. Roydy Anuar
v. Qna Chan
vi. Lee Yeong Jinn
vii. Florace
viii. Chin Tze Jing

Tuesday, November 24, 2009

New Hobby.. Yeah...


Baru-baru ni, aku dah mula minat dengan fotografi. Bayangkanlah subjek fotografi yang aku amik time diploma dulu, subjek yang aku tak minat langsung sebab bagi aku tangkap gambar ni kerja orang yang cuma ada talent dan ada mata seorang jurugambar je. Secara terus-terang, aku ngakuler yang aku ni memang takde bakat dalam fotografi.

Well, bolehlah dikatakan semua gambar yang aku amik still di tahap amatur or paling teruk pun budak tadika pun boleh tangkap gambar macam ni. Tapi aku tak malu pun dgn gambar yang aku tgkp sebab at least aku semua gmbr yang aku amik tu, aku sendiri yang tangkap.

Buat masa ini, aku masih lagi sedang membaiki cara menangkap gambar, belajar camana nak adjust lighting, shutter speed, lens dan memacam lagi. Semuanya aku belajar sendiri sebab kalo minta org yg terer tgkp gmbr ajar, tak semestinya dia nak share ilmu fotografi dgn aku.

So jalan terbaik, belajar sendiri sama macam time diploma dulu. Aku belajar sendiri camana nak guna Illustrator, Photoshop, Director, Flash, 3D MAX dan memacam lagi takde plak sapa-sapa pun yang ajar aku even aku dah tanya camana nak buat tu, camana nak buat ni. Lecturer time diploma masa tu memang bukan semuanya ikhlas nak mengajar sebab diorg lebih suka melibatkan diri dgn politik fakulti. (Nasib baik time aku study degree balik, hamba politik tu tak mengajar lagi)

Yang penting, lantaklah apa orang nak kata, janji aku suka apa yang aku buat... Huahuahuahua.. ^_^

Consider....

Dalam 2 tahun lagi, aku kena consider... Samada nak sambung Master lepas abeh Degree or kerja... Ingat senang ke? Dalam keadaan kewangan aku yang tak menentu ni, belum pasti lagi aku nak sambung Master ke tak, tapi sayanglah kalau tak sambung.

Tapi kalau tak kerja, tak dapatlah aku nak beli rumah idaman..kereta dah ada, bulan2 siap bayar sekali tu (Tapi tengah target nak beli Satria Neo). Aiya... Camana ni...