Monday, October 3, 2011

Kerja Kejap jadi Still Photographer untuk filem muzikal rock LEFTWINGS

Semasa saya menamatkan pengajian saya pada penghujung bulan 5, saya telah diajak oleh pak long saya untuk menjadi Still Photographer filem hasil kolaborasi di antara beliau dan Faisal Chal Ahmad (Chal).. 

Sepanjang lebih 2 bulan terlibat dalam pembikinan filem LEFTWINGS ini, banyak ilmu dan pengalaman yang telah saya kutip samada baik dan buruk malah ia membantu saya memahami sepak terajang dunia seni ini yang penuh dengan ranjau berduri dan hanya orang yang berjiwa kental sahaja dapat survive di dalam industri ini.

Disebabkan itu, saya amat menghormati artis veteran yang masih dapat bertahan dan survive di dalam industri ini. Jutaan terima kasih kepada pak long saya, Nasir Jani sebab memberikan peluang kepada saya untuk mempelajari selok-belok pembikinan filem ini...

Hasil kerja saya boleh dilihat di belog ini http://leftwings2011.blogspot.com/

Manakala gambar di bawah adalah sebahagian daripada hasil kerja saya... Enjoy it guys



















Photoshot band WINGS yang buat penampilan khas untuk filem LEFTWINGS

Selebihnya boleh dilihat di page rasmi filem LEFTWINGS http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

Photographer: Helmi Burhanuddin
Weapon:
Nikon D70 + NIKKOR 50mm 1:1.8D + NIKKOR 14mm 1:2.8D + NIKKOR 80-400mm 1:4.5 - 5.6D

© All Rights Reserved. Any unauthorized copy, usage or reproduction of the image are strictly prohibited


PS: Disebabkan pernah berlaku kes baru2 ini ada orang yang mencuri gambar yang saya tangkap untuk pembikinan filem ini (TANPA KEBENARAN SAYA.. ya, TANPA KEBENARAN DAN JUGA TIADA KREDIT UNTUK SAYA. LETAK WATERMARK PUN TAK GUNA JUGA) dan mengaku hasil usaha saya itu sebagai miliknya menyebabkan saya pernah terfikir nak berhenti saja dari industri ini...

Apa-apa pun ini merupakan sebuah filem muzikal rock yang bagus dan berbaloi untuk ditonton kerana skripnya ditulis oleh Nasir Jani, pengarah filem Kembara Seniman Jalanan. Wajib ditonton...  
Should i quit or should i keep going?

Open House Umah Pejal & Fayzrul

Sebenarnya dah lama nak post pasal entri ni, tapi sindrom kemalasan + lemau menyerang sistem saraf saya dan menghalang saya dari menaip ayat-ayat merepek di belog saya ini... (Apa punya alasan daaaa, camana nak jadi journalist ni Helmi? Camana nak kerja dengan National Geographic ni? Rajinla sikit bro... ;D)

Ha, saya dijemput oleh Pejal dan Fayzrul untuk menghadiri rumah terbuka mereka. Seorang di Ampang dan seorang lagi di Jalan Reko di Kajang.... Saya pergi beraya bersama2 rakan seperjuangan saya, rakan yang saya sudah kenal lama sejak dari diploma lagi... Hihihi

By the way, sedap juadah open house Pejal & Fayzrul ni, nak makan banyak-banyak tapi malangnya saya jenis makan sikit je... Nak diet katanya... Hihihihi

Enjoy the pic below :)













Abang hensem yg di atas ni Fayzrol.... Tuan rumah di open house di Jalan Reko, Kajang.. Sori lambat mai.. Jalan jem teruk >.<

Saturday, October 1, 2011

Kaftan Elegance Photoshot

Outing Photoshot kali ini bertempat di Taman Botani Putrajaya di mana saya dijemput untuk menangkap gambar talent dengan baju kain KAFTAN yang ditaja oleh Sabrina Collection. 
 Hari ini saya memfokuskan pada satu talent sahaja kerana memandangkan saya ini seorang yang cerewet + garang + terlalu teliti + pentingkan kesempurnaan (amboi ayattt) maka saya membuat keputusan untuk fokus menangkap gambar kakak Aslinda Ali. (Padahal sebenarnya tak larat nak terkejar-kejar pergi sana pergi sini nak shot semua talent yang berterabur di semua tempat ;D)
Best satu team dengan dia. Harap2 dapat bekerjasama lagi dalam event yang seterusnya... :)





 
KAFTAN ELEGANCE
Talent: Aslinda Ali
MUA: Suhaib Daud
https://www.facebook.com/pages/Suhaib-Make-Up-Beauty/116957021724552?ref=ts

Weapon | Nikon D70 + NIKKOR 50mm 1:1.8D + Available Light

WARDROBE SPONSORED BY:
SABRINA'S COLLECTION , 27G , Jalan Reko Sentral 4 , Reko Sentral , 43000 Kajang , Selangor
(http://site.sabrinascollection.com/)

ACCESSORIES SPONSORED BY:
ERRY ANUWAR COUTURE
(http://www.erryanuwarwedding.blogspot.com/)

© All Rights Reserved. Any unauthorized copy, usage or reproduction of the image are strictly prohibited. Only talent and MUA can use my picture. TQ to the talent & MUA

Friday, September 30, 2011

Konvo UKM Bangi

Saya dapat jemputan untuk menghadiri konvo kawan. Yang specialnya ialah saya dah lama x jumpa kawan dan parent dia sejak 4 tahun lepas lagi. Terutama sekali saya ingin sangat jumpa emak kawan saya ni (Emak dia pandai masak tau, nak nak ikan masak asam pedas, udang sambal.. Sedap hingga menjilat jari ). 

Walaupun 4 tahun dah berlalu, semuanya masih baik lagi... After meet they all, finally now i can stop look back what happen 4 year ago & move forward.... Peace Peace

Enjoy the pic below... :)



Outing Photoshot With The Kooceng ;D

Outing photoshot bersama dengan kawan gila-gila remaja saya, Maria James Chayak aka The Koceeng ;D.....

Sesi photoshot dibuat di Taman Bukit Jalil dan Taman Tasik Permaisuri. Untuk photoshot kali ini, saya banyak suruh dia buat pose yang susah-susah and she is so funny & giggle a lot... Bahahaha

Enjoy the pic guyz :D



Talent: Maria James Chayak

Jijak aka Pantang Tanah

Adat Berjijak anak perempuan Yen + Nany Rosly = Jasmin Raihana bertempat di rumah Tok Su di Saujana Impian. Kerja gua? Macam biasa jadi non official photographer tembak anak orang untuk majlis ini... Hihihihi

Enjoy the pic guy... :)