Monday, January 2, 2012

Tahun Baru 2012 Mari Mari Mari

SELAMAT TINGGAL 2011 DAN SELAMAT TAHUN BARU 2012


Sedar tak sedar dah masuk tahun 2012 pula. Rasa macam sekejap je. 2011 boleh dikatakan banyak benda yang manis dan pahit yang pernah aku alami.

Yang best? Meh gua downlistkan satu-satu....
- Grad dengan cemerlang siap dapat bintang lagi tuuu :D
- Dah bisnes kecil-kecilan
- Berjaya diterima bekerja di syarikat korporat yang disegani padahal memang susah la nak diterima kerja di syarikat ini...
- Dipanggil abang long, tok ketua, abang kawasan oleh anak buah.. Kurang asam oo korang >.< Apa2pun zaman belajar dah habis, so pandai2 survive ya, tok ketua dah tak leh nak jaga korang lagi... Hihihi
-Sorang demi sorang ahli keluarga besar gua, kaum kerabat Haji Dani dah kawin.. Tahniahhhhh :D

Yang tak best? Banyak doohhhhh...
- Gambar photoshot kena curi siap ngaku itu gambar dia yang punya. Ha.. yang ni sampai mati pun gua dendam...
- Bila sedara tanya bila nak kawin... Arkkk...? Calon x jumpa lagi...
- Jumpa kawan jenis makan kawan...
- Kawan lupa kawan... Oooo, time susah baru nak ngaku kawan ek?

Banyak gua nak downlist tapi nanti2lah.. Nenek kata tutup buku lama, buka buku baru.. Berehhh nekkkkk...

So Selamat Tahun Baru kepada semua kawan2 dan famili saya.. Moga dipanjangkan umur ya... Weeee
-

Thursday, October 27, 2011

My favourite quotation from my best friend, Glarie Listra....


"...Never said you're too busy until you don't have any time to spend with the one you loved. Your love one also needs you..."

I like this wisdom words so much, Glay Glay....

Outing Journalism

Journalism Photoshot
Bukan semua suka journalism photoshot ni... Sigh...








Haluan Kiri Haluan Kanan + Dongeng & Realiti + Kebenaran & Keautaan Masyarakat | Dari Mata Abang Long Kawasan Damansara

Nikon D70 + NIKKOR 50mm 1:1.8D + Semangat Tak Takut Mati

© All Rights Reserved. Any unauthorized copy, usage or reproduction of the image are strictly prohibited.

Monday, October 24, 2011

Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-75


PS: Gambar di atas bukan saya punya.. Gambar ini kredit kepada ayah Suhana Azmi yang cool. Saya cuma tolong editkan saja.. Gagagagaga

Abang Long Kawasan Damansara sudah grad!!! Yeah!! RAWWWRRR RAWRRR RAWRRR!!

Akhirnya selepas 2 tahun berhempas pulas belajar silabus mata pelajaran grafik (yang kadang-kadang itu ada silabusnya tak ada kaitan langsung dengan grafik) sambil terpaksa bersabar dengan corrupted lecturer (bukan semua sebab ada leccturer yang saya sangat sangat hormati)

Batch saya boleh dikatakan batch yang paling santai sekali semasa sidang sedang berlangsung sebab selamba saja anak-anak buah saya ambil gambar di dalam dewan. Barulah langsi namanya ;D Weeeeeee

Tak nak cakap banyak, enjoy the pic below guyz...

PS: Mimpi Laila bagi saya hadiah yang comel.. Nak tau apa hadiahnya? Tungguuuuuuuuu :D Gagagagaga









 Adik Tomok @ Shah Indrawan Ismail yang bernama Shahimi Ismail sedang bergambar bersama awek tercinta dia, Zaty Salleh. Bila lagi nak belanja Abang Long Kawasan Damansara makan nasi minyak ni beb? Gagagaga :D

Tuesday, October 18, 2011

Promosi CLIQ! PHOTOGRAPHY Untuk Model & Pelakon Baru

PROMOSI DARI CLIQ! REBUTLAH PELUANG INI!!


Haaa, promosi ini khusus kepada bakal pelakon dan bakal model yang ingin berjinak-jinak di dalam industri modeling dan lakonan. Kami, CLIQ! PHOTOGRAPHY menawarkan khidmat photoshot dan juga membuat comp card untuk mereka yang ingin mencceburi bidang seni ini.

RM500 MAHAL? Isk Isk Isk, jangan lihat pada harga, lihatlah pada pakej yang kami tawarkan. Apa yang anda boleh dapat dengan harga RM500 ini? Kami akan membuat photoshot indoor & juga outdoor tidak kira apakah tema yang pelanggan mahukan. Kenapa kena buat outdoor dan bukan buat di studio? Ini sebab kami ingin melatih dan memupuk keyakinan bakal pelakon dan juga bakal model agar berani beraksi di depan orang ramai. Di samping itu, jurugambar kami akan menerangkan apakah pose badan dan ekspresi muka yang sesuai untuk pelanggan.

Selain itu, anda akan dapat 50 keping gambar bersaiz 4R yang dicetak (Telah diedit), sekeping gambar bersaiz 8R yang disertakan sekali dengan frame gambar dan juga gambar softcopy yang telah di'burn' di dalam DVD beserta kotak DVD lengkap.

Tunggu apa agi? Rebutlah peluang ini... :D
Biar mahal tapi berbaloi dengan kualiti yang kami tawarkan...

Sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan kami boleh diajukan kepada Pengurus Pemasaran & Promosi kami, Saiful Bahthiar Ismail (013.276.5309) ataupun melalui emel kami cliqphotography2011@gmail.com

Monday, October 17, 2011

Promosi CLIQ! PHOTOGRAPHY

Promosi sempena pembukaan CLIQ! PHOTOGRAPHY...
Rebutlah peluang ini sementara masih ada.



Perkhidmatan kami disertakan pakej yang berpatutan harganya seiring dengan kualiti yang kami tawarkan.

Sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan kami boleh diajukan kepada Pengurus Pemasaran & Promosi kami, Saiful Bahthiar Ismail (013.276.5309) ataupun melalui emel kami cliqphotography2011@gmail.com

Monday, October 10, 2011

My First Step... CLIQ! PHOTOGRAPHY...

Akhirnya selepas fikir masak-masak, saya membuat keputusan untuk berniaga sendiri dengan kawan saya. Melalui perbincangan kami, kami ingin memulakan perniagaan yang berasaskan fotografi dan menjadikan perkhidmatan kami satu jenama yang berpusat di Cheras dan Kajang.
Melalui perbincangan sambil pekena teh tarik halia dan roti canai di Saujana Impian, kami membuat keputusan untuk menamakan perniagaan kami sebagai CLIQ! PHOTOGRAPHY.

Mengenai CLIQ!

CLIQ! merupakan jenama yang diasaskan oleh dua anak muda (Helmi Burhanuddin & Saiful Bahthiar) pada tahun 2011 yang mana mereka mempunyai cita-cita untuk berjaya di dalam dunia perniagaan berasaskan fotografi. CLIQ! bermaksud CLICK di mana ia memberikan pengertian bunyi KLIK semasa shutter ditekan manakala akronim huruf Q pada penghujung huruf CLIQ! pula bermaksud QUALITY di mana kami amat mementingkan kualiti gambar kami.

Hasil yang berkualiti tinggi merupakan identiti perniagaan kami dan berbaloi dengan pakej yang kami tawarkan. Selain daripada itu, sepupu Epol, Rain Suhati juga turut menyertai pasukan kami ini sebagai Photo Editor / Manipulator dan ini merupakans atu bonus tambahan kepada perkhidmatan kami.

Pakej yang kami tawarkan berpatutan dengan kualiti yang kami berikan. Untuk melihat portfolio kami, silalah klik link di bawah ini:

http://www.facebook.com/pages/Cliq-Photography/167214293367485


Kami menyediakan perkhidmatan yang khusus kepada:

-Wedding
-Event
-Portrait
-Product

Perkhidmatan kami disertakan pakej yang berpatutan harganya seiring dengan kualiti yang kami tawarkan. 
Sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan kami boleh diajukan kepada Pengurus Pemasaran & Promosi kami, Saiful Bahthiar Ismail (013.276.5309) ataupun melalui emel kami cliqphotography2011@gmail.com
Terima kasih kerana membaca promosi ini... >.< Weeeeeeeeeeeeeeee