Sunday, November 29, 2009

new quiz new quiz..haha

Firstly: If you've been tagged, you must write your answers in your own blog and replace any question that you dislike with a new, original question.
Secondly: Tag eight people. Don't refuse to do that. Don't tag who tagged you.


Who sleeps in bed next to you?
nobody..if u ask me, i wish jun-on sleep with me..haha


Have you ever lied to a teacher to get out of a deadline?
sometime when i study diploma XD


What kind of books do you read?
graphic design


Best day of the week?
everyday is my best day (biasalah cuti)


What's really creepy?
men want to be girl

Who is your celebrity crush?
Hiiro Mizushima..Haha XD


What's your current fandom/obsession/addiction?
Kamen Rider


What are you listening to right now?
WBX Half Boiled (Kamen Rider Double Op) by Aya Kamiki & Takuya


What did you eat for lunch today?
nasi campur maa


What websites do you always visit when you go online?
facebook, youtube, blog, uitm student portal


What was the last thing you bought?
haha...i never buy anything for myself. i am not shopaholic

What was the cutest thing you've seen today?
baby girl smile & laugh at me..so cuteeeeeeeeeeee

Does the weather affect your mood?
ya... if its too sunny..my skin will become itchy.. (mayb i am vampire)

What is your zodiac sign?
Leo or Virgo? Confuse maa XD

Do you want to learn another language?
Yup.. Want to learn Sarawak & Sabah's language

5 things you can't live without.
My car, DELL pc, Nikon DSLR, my PDA, KLUE mag

If you could meet anyone now, who would you meet?
Glay Glay..haha

What's something you'd like to say to someone right now?
Hohoho...secret

What are you looking forward to?
A better future for myself

Say something to the person who tagged you:
Haha, sori lambat reply ur tag Glay Glay..bz maa


8 people that i wanna tag:
i. Hija
ii. Azli
iii. Erfi
iv. Roydy Anuar
v. Qna Chan
vi. Lee Yeong Jinn
vii. Florace
viii. Chin Tze Jing

Tuesday, November 24, 2009

New Hobby.. Yeah...


Baru-baru ni, aku dah mula minat dengan fotografi. Bayangkanlah subjek fotografi yang aku amik time diploma dulu, subjek yang aku tak minat langsung sebab bagi aku tangkap gambar ni kerja orang yang cuma ada talent dan ada mata seorang jurugambar je. Secara terus-terang, aku ngakuler yang aku ni memang takde bakat dalam fotografi.

Well, bolehlah dikatakan semua gambar yang aku amik still di tahap amatur or paling teruk pun budak tadika pun boleh tangkap gambar macam ni. Tapi aku tak malu pun dgn gambar yang aku tgkp sebab at least aku semua gmbr yang aku amik tu, aku sendiri yang tangkap.

Buat masa ini, aku masih lagi sedang membaiki cara menangkap gambar, belajar camana nak adjust lighting, shutter speed, lens dan memacam lagi. Semuanya aku belajar sendiri sebab kalo minta org yg terer tgkp gmbr ajar, tak semestinya dia nak share ilmu fotografi dgn aku.

So jalan terbaik, belajar sendiri sama macam time diploma dulu. Aku belajar sendiri camana nak guna Illustrator, Photoshop, Director, Flash, 3D MAX dan memacam lagi takde plak sapa-sapa pun yang ajar aku even aku dah tanya camana nak buat tu, camana nak buat ni. Lecturer time diploma masa tu memang bukan semuanya ikhlas nak mengajar sebab diorg lebih suka melibatkan diri dgn politik fakulti. (Nasib baik time aku study degree balik, hamba politik tu tak mengajar lagi)

Yang penting, lantaklah apa orang nak kata, janji aku suka apa yang aku buat... Huahuahuahua.. ^_^

Consider....

Dalam 2 tahun lagi, aku kena consider... Samada nak sambung Master lepas abeh Degree or kerja... Ingat senang ke? Dalam keadaan kewangan aku yang tak menentu ni, belum pasti lagi aku nak sambung Master ke tak, tapi sayanglah kalau tak sambung.

Tapi kalau tak kerja, tak dapatlah aku nak beli rumah idaman..kereta dah ada, bulan2 siap bayar sekali tu (Tapi tengah target nak beli Satria Neo). Aiya... Camana ni...

Cuti Semester Yang Membosankan...

Aiya... Apa aku nak buat apa dengan cuti semester ni.. Nasib baiklah cuti sebulan je...

Kalau 3,5 bulan..? Harus aku merantau ke Rantau Panjang ke, Rantau Abang ke (Mulalah nak melalut tu). So, apa yang best dan tak bestnya cuti semester ni?

Yang bestnya:
1) Boleh start jadi Batman. siang membuta, malam jadi burung hantu surf tenet, chatting, surf blog kawan-kawan....
2) Boleh start misi untuk jadi Osama Laden. Maksud gua, boleh start menserabaikan diri dengan simpan misai, janggut, jambang (x payah cukur sebulan). Silap-silap George Bush kalau still jadi Presiden Amerika sure suruh satu batalion capture aku.... Hahaha...
3) Boleh start merayau balik kat shopping complex sambil berwindow shopping & menjamu mata tengok teknologi yang latest-latest.
4) Boleh makan banyak-banyak sebab dulu time study x leh sgt nak makan tu nak makan ni sebab kekangan bajet.

Yang tak bestnya:
1) Tak boleh jumpa classmate yang advance, gila-gila, psiko, lawak-lawak, brutal dan memacam jenis perangai yang ada kat FSSR...
2) Rindu plak aku kat assignment yang berlambak-lambak.
3) Rindu nak gaduh dengan pak guard yang kerjanya suka cari gaduh. Hehehe...
4) Terbantut la misi aku mencari rumah sewa sebab aku nak stay kat Shah Alam. Malas nak ulang alik KL-Shah Alam sebab kalo aku ada kelas pagi and kelas pagi kensel tetiba, aiya... Sia-sia je bangun pagi-pagi buta kul 5 ni..

Wednesday, August 19, 2009

because...

you told me that it was the first time you feel this way and said that i am special...
i believed you and it was my happiness...
but...
you should have told me that your feeling had faded...
i had no idea, and i continue tu depend on you...
although i say i hate you now...
but...
i'll be missing you...

antara lirik yang menarik dari klip video group girl KISS dgn tajuk because i am a girl...
apa kena mengena lagu jiwang ni dgn post ni?
saja je letak lirik ni sebab today aku jadi jiwang jap...hahaha

Sunday, August 2, 2009

Pindah?!

Got a bad new..x syok maa... dekan fakulti kata bebudak graphic and fesyen kena pindah kampus.. belajar kat kampus baru kat Petaling Jaya untuk semester depan nanti... Dekat dengan Mid Valey lagi tu... >_<
Y? Y? Y x hantar je saya belajar kat Sabah? Saya ada banyak kawan kat Sabah. Nak sangat belajar kat Sabah >_<

Sunday, May 31, 2009


Puisi Suami Untuk Isteri Untuk Kahwin Lain

Isteriku,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.



Lalu……
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanetlain…



Balasan Puisi Suami daripada Isteri
Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yangtelah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamudan….
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu…



AKAN TETAPIIIIIIII. .




Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti…
Cuba lihat siapa dirimu…


MATAHARI atau lilin ?


atau jangan-jangan



cuma mancis saja!!!!!



please lah….!!!




hahaha...pas baca lawak ni aku gelak golek2...



tak pernah dengar ada kereta yang sakit... kalau enjin rosak tu memanglah dikira sakit... hahaha!!!

adaker mana2 orang malaysia yang berani pakai nombor plat ni? kalau aku, bagi 3 juta ringgit malaysia pun aku x berani nak pakai punya.. hahaha!!
tahukah anda siapakah pemilik kereta ini? hahaha!!

credit to http://www.skycrewz.net/blog/




Esok sudah hari isnin... macam semua orang kata, i hate monday..haha. satu alasan tipikal untuk orang yang malas keluar cari rezeki. Aku pun ngantuk juga, tapi apa boleh buat, kena kerja cari duit nak bayar macam-macam.


Just nak congratz to henry henry sebab akhirnya berjaya juga dia memenangi piala yang paling berprestij. nak nak pula tu di pentas eropah. Tak sia-sialah dia tetiba tukar kelab.

Saturday, May 30, 2009

Aiii... Khamis depan nak kena pergi jumpa doktor lagi buat check up. Sakit apa? Rahsialah, x penting sangat janji aku still hidup dah cukup. Yang tahu aku sakit apa pun cuma CT. Paling tak suka jumpa doktor sebab mesti dia suruh stay dekat hospital, main inject2 kat lengan nak ambil darah.
Syringe is my worst nightmare....
Birthday aku nanti(lambat lagi tu..2 bulan lagi) nak makan dekat mana ek... Sebenarnya aku nak makan japanese food like teppanyaki... Tapi cuma risaukan kawan2 yang plan nak sambut birthday aku nanti. Bukannya risaukan wallet diorang (hehehe) tapi kalau2 diorang bukannya jenis yang makan japanese food..
Dah 3 bulan tak makan teppanyaki sebab tempat yang aku selalu pergi tu dah ditutup atas alasan ekonomi gawat... Huhuhu... Mengidamnyaaa....

TRANSFORMER!!!!! I AM MEGATRONNN!!


Can't wait to watch transformers again.
Cuma aku harap team 3D yang terlibat dalam produksi ini dapat render robot-robot yang ada supaya jadi lebih smooth dan sharp.
Tak adalah sakit mata memandang dan buang duit tengok filemnya yang pertama 3 kali dulu sebab nak faham betul2 apa yang robot tu tengah buat...
I still like Megatron!! Azfa, jangan lupa belikan toy Megatron untuk aku ya..Hehe

KARAOKE TIME LAGI!!


Date: 23 May 2009

Venue: Red Box, Pavilion

Time: 11pm to 4am


Karaoke time lagi, sempena menyambut birthday Shah yang terlewat (memang dah terlewat sangat pun. Hahaha). We all belanja dia karaoke je. Banyak juga lagu yang kami nyanyi, tapi aku pula nyanyi langgar key note. Sebab bukan semua lagu yang aku pilih MVnya ada siarkan lirik lagu sekali, nak nak kalau tu lagu lama feveret Miss S dan aku pula nyanyuk sikit. Hehe.. By the way, happy belated besday Shah.
Jangan tanya di mana aku dalam gambar ini sebab I AM TOO SHY... Tukang tangkap gambar ni of course lah Azfa




Masih menanti, menanti, menanti... Bilalah agaknya boleh dapat surat tawaran sambung pengajian degree ni? Bulan 7 dah start belajar, banyak benda nak kena selesaikan macam kena uruskan prosedur berhenti kerja, cari pengganti, cari kerja part time (kalau kawan2 tahu ada kerja part time kosong, inform me ok)

Umur dah tua-tua ni baru fikir nak sambung balik belajar.. Hehe.. Apa boleh buat sebab dulu kena buat 3 kerja kumpul duit kahwin nak kahwin dengan buah hati pengarang jantung(akhirnya dapat kumpul juga), tapi that plan tak jadi so aku pakai saja duit kahwin tu buat beli MYVI.



Baru balik tengok wayang Angels & Demons seorang diri like always. Nice, i like this movie coz need to use brain when watch it. Kalau orang yg bukan jenis suka pakai otak 100% guaranted mesti tidur masa tengok wayang ni.. Hahaha...

Grandma said this...

Semasa kecil aku pernah tanya pada nenekku,
“Nek, apa itu lelaki sejati ?
Nenek menjawab,
Cucu…
Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar,
tetapi dari kasih sayangnya pada gadis yang dicintainya…

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang,
tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran…

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya,
tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa…

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja,
tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah…

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan,
tetapi dari sikap bijaknya memahami masalah yang dihadapi cinta hatinya…

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang,
tetapi dari hati yang ada dibalik itu…

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja,
tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya…

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawabyang dibebankan,
tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan…
Kisah Cinta Matahari

Ini perbualan seorang pasangan semasa belajar diploma dulu
Seorang wanita bertanya kepada seorang pemuda tentang cinta dan harapan. Wanita berkata dia ingin menjadi bunga yang terindah di dunia dan pemuda berkata dia ingin menjadi matahari. Wanita tidak mengerti kenapa pemuda ingin menjadi matahari, bukan kupu-kupu atau kumbang yang terus menemani bunga.

Wanita berkata ingin menjadi rembulan tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari. Wanita semakin bingung kerana matahari dan bulan takkan boleh bertemu, tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari. Wanita berkata ingin menjadi burung yang mampu terbang ke langit jauh di atas matahari dan pemuda berkata ia akan selalu menjadi matahari.

Wanita tersenyum pahit dan kecewa. Wanita sudah 3 kali menduga namun pemuda tetap keras kepala, ingin menjadi matahari tanpa mahu ikut berubah bersama wanita. Maka wanita itu pun beredar pergi dengan rasa kecewa dan tak pernah lagi kembali tanpa pernah tahu alasan kenapa matahari juga menjadi pilihan pemuda. Sang pemuda merenung sendiri dan menatap matahari.
Saat wanita menjadi bunga, pemuda ingin menjadi matahari agar bunga dapat terus hidup. Matahari akan memberikan semua sinarannya kepada bunga agar ia tumbuh, berkembang dan terus hidup sebagai bunga yang cantik. Walau matahari tahu ia hanya dapat memandang dari jauh dan akhirnya rama-rama yang akan menari bersama bunga. Ini disebut kasih iaitu memberi tanpa syarat, tanpa mengharapkan imbuhan dan balasan.
Saat wanita menjadi bulan, pemuda tetap menjadi matahari agar bulan dapat terus bersinar indah dan dikagumi. Cahaya bulan yang indah hanyalah pantulan cahaya matahari, tetapi saat semua makhluk mengagumi bulan siapakah yang ingat akan matahari? Matahari rela memberikan cahayanya untuk bulan walaupun ia sendiri tidak berupaya menikmati cahaya bulan, dilupakan jasanya dan kehilangan kemuliaannya sebagai pemberi cahaya agar bulan mendapatkan kemuliaan tersebut.
Ini dinamakan pengorbanan, menyakitkan namun sangat layak untuk cinta. Dan saat wanita jadi burung yang dapat terbang tinggi jauh ke langit, bahkan di atas matahari, pemuda tetap selalu jadi matahari agar burung tetap bebas untuk pergi pada bila-bila masa pun yang ia mahu dan matahari tidak akan mencegahnya. Matahari rela melepaskan burung untuk pergi jauh, namun matahari akan selalu menyimpan cinta yang membara di dalam hatinya hanya untuk burung.
Matahari selalu ada untuk burung bila-bila pun ia mahu kembali walau burung tidak selalu ada untuk matahari. Tidak akan ada makhluk lain selain burung yang berupaya masuk ke dalam matahari dan mendapatkan cintanya.

Ini disebut sebagai kesetiaan, walaupun ditinggal pergi dan dikhianati namun tetap menanti dan tegar untuk memaafkan. Pemuda itu tidak pernah menyesal menjadi matahari untuk wanita yang masih dicintainya….

Lelaki ensem vs lelaki tak ensem


Kalau lelaki handsome pendiam

Perempuan akan cakap:: woow, cool giler…

kalau lelaki tak handsome pendiam

Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…


kalau lelaki handsome berbuat jahat

Perempuan akan kata: nobody’s perfectkalau lelaki tak handsome berbuat jahat

perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!


kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu

perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!

kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu

Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…


kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik

perempuan akan kata: sepadan sangat…

kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik

perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!


kalau lelaki handsome ditinggal kekasih

perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..

kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih

perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknyameliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…


kalau lelaki handsome penyayang binatang

perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang

kalau lelaki tak handsome penyayang binatang

perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…


kalau lelaki handsome bawa BMWp

erempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam

kalau lelaki tak handsome bawa BMW

perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…


kalau lelaki handsome tak mau bergambar

perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar

kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar

perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…


kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuanp

erempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen

kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan

perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….


kalau lelaki handsome bersedih hatip

erempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on

kalau lelaki tak handsome bersedih hati

perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

Haha.. tapi bukan semua lelaki hensem macam tu dan bukan semua lelaki x hensem macam tu. Janagn nilai sesuatu dari luarannya. Cubalah buka mata tengok hati dia dulu... Nilai

Cinta Tidak Perlu Disebut Dengan Kata2


Aku mencintai suamiku kerana sifatnya yang semulajadi dan aku begitu menyukai perasaan hangat yang muncul di hati ketika bersandar di bahunya yang bidang.
Tiga tahun dalam alam perkenalan, dan dua tahun dalam alam perkahwinan, harus aku akui bahawa aku mulai rasa bosan dan lelah dengan kehidupan berumahtangga dengannya dan alasan-alasan mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.
Aku seorang wanita yang berjiwa sentimental dan benar2 sensitif serta berperasaan halus. Aku merindui saat-saat romantis seperti seorang anak yang menginginkan belaian. Tetapi semua itu tidak lagi aku perolehi. Suamiku jauh berbeza dari apa yang aku harapkan dulu. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah memusnahkan semua harapan tentang kehidupan cinta yang ideal.
Suatu hari, aku beranikan diri untuk menyatakan keputusan untuk bercerai.
“Mengapa?”, dia bertanya dengan terkejut.
“Aku lelah, kamu tidak pernah memberikan cinta yang aku inginkan”
Dia terdiam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampakseolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan aku semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang dapat aku harapkan darinya?
Dan akhirnya dia bertanya, “Apa yang dapat aku lakukan untuk mengubah fikiranmu?”.
Aku menatap matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan, “Aku ada satu pertanyaan, jika kau dapat menemui jawapannya, aku akan mengubah fikiranku: Seandainya, aku menyukai setangkai bunga indah yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika kau memanjat gunung itu, kau akan mati. Apakah kau akan melakukannya untukku?”
Dia termenung dan akhirnya berkata, “Aku akan memberikan jawapannya esok.”
Hatiku langsung gundah mendengar reaksinya. Keesokan paginya, suamiku tiada di rumah, dan aku menemui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebuah gelas yang berisi susu hangat yang bertulis…
“Sayang, aku tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan aku untuk menjelaskan alasannya.”
Kalimat pertama ini menghancurkan hatiku. Aku lantas terus membacanya.
“Sayang, kau biasa menggunakan komputer dan selalu menghadapi masalahkerosakan program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Aku harus memberikan jari-jariku supaya dapat membantumu dan memperbaiki programnya.”
“Kau selalu lupa membawa kunci rumah ketika keluar rumah, dan aku harus memberikan kakiku supaya dapat menendang pintu, dan membukakan pintu untukmu ketika pulang.”
“Kamu suka jalan2 ke luar kota tetapi selalu sesat di tempat-tempat baru kamu kunjungi, Aku harus menunggu di rumah agar dapat memberikan mataku untuk mengarahkan jalan untukmu.”
“Kamu selalu kelelahan pada waktu ‘teman baikmu’ datang setiap bulan, dan aku harus memberikan tanganku untuk memicit kakimu yang kebas.”
“Kamu seorang yg suka diam di rumah, dan aku selalu khuatir kamu akan menjadi ‘aneh’. Dan aku harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkanmu di rumah atau meminjamkan lidahku untuk menceritakan hal-hal lucu yang aku alami.”
“Kamu selalu menatap komputermu, membaca buku dan itu tidak baik untukkesihatan matamu, aku harus menjaga mataku agar ketika kita tua nanti, aku masih dapat menolong memotong kukumu dan mencabuti ubanmu.”
“Tanganku akan memegang tanganmu, membimbingmu menyusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna2 bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu”.
“Tetapi sayangku, aku tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, aku tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematianku.”
“Sayangku, aku tahu, di luar sana ada banyak orang yang mampu mencintaimu lebih dari aku mencintaimu.”
“Untuk itu sayangku, jika semua yang telah kuberikan dengan tanganku, kakiku, mataku, tidak cukup bagimu. Aku tidak dapat menahan dirimu mencari tangan, kaki, dan mata lain yang dapat membahagiakanmu.”
Air mataku jatuh di atas tulisannya dan membuat tintanya menjadi kabur, tetapi aku tetap berusaha untuk membaca selanjutnya…
“Dan sekarang, sayangku, kamu telah selesai membaca jawapanku. Jika kau berpuas hati dengan semua jawaban ini, dan tetap menginginkanku untuk tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, aku sekarang sedang berdiri di luar pintu menunggu jawapanmu.”
“Jika kamu tidak puas, sayangku, biarkan aku masuk untuk mengambil barang-barangku, dan aku tidak akan menyusahkan hidupmu. Percayalah, kebahagiaanku adalah apabila kau bahagia.”.
Aku segera berlari membuka pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah keliru sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaanku.
Oh, kini baru aku tahu, tidak ada orang lain yang pernah mencintaiku lebih dari dia mencintaiku. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasakan pasangan kita tidak dapat memberikan cinta dalam bentuk yang kita inginkan, maka cinta itu sesungguhnya telah hadir dalam bentuk lain yang tidak pernah kita bayangkan sebelumnya.Seringkali yang kita perlukan adalah memahami bentuk cinta dari pasangan kita, dan bukan mengharapkan bentuk tertentu kerana cinta tidak selalu harus berbentuk “bunga”.


TAPI ZAMAN SEKARANG NI ADA LAGI KER GIRL YANG HARGAI BOYFRIEND DIA YANG LAYAN DIA DENGAN BAIK, BUAT 3 KERJA NAK CARI DUIT KAWIN DAN BILA BOY TU NAK LAMAR DIA, MASA TU JUGA GIRL TU KATA DIA DAH ADA ORANG LAIN…

Rusuk Setiap Lelaki

“Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?” tanya Dara.“Sudah pasti kamu!” balas Jejaka.“Pada pandangan kamu, aku ini siapa?” tanya Dara lagi.
Jejaka diam sejenak, berfikir, lalu menatap Dara dengan tenang dan berkata, “Kamu adalah tulang rusukku! Ada tertulis, Tuhan melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam tidur, Tuhan mengambil rusuk dari Adam dan menciptakan Hawa. Semua lelaki mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, dia tidak lagi merasakan sakit di hati.”
Mereka kemudiannya bernikah dan melalui masa-masa yang indah dan manis untuk sesaat. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kepenatan hidup yang kain mendera. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.
Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari, pada akhir sebuah pertengkaran, Dara membentak, “Kamu tak cintakan aku lagi!”
Jejaka sangat membenci ketidakdewasaan Dara dan secara spontan membalas, “Aku juga menyesal menikah dengan kamu! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!”
Dara terkedu, berdiri terpaku untuk beberapa saat. Matanya basah. Dia menatap Jejaka, seakan tak percaya dengan apa yang telah didengarnya tadi. Jejaka pula menyesal dengan apa yang sudah dia ucapkan. Tetapi seperti air yang telah tertumpah, ucapan itu tidak mungkin untuk ditarik kembali. Dengan linangan air mata, Dara mengemas barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.
“Jika aku bukan tulang rusukmu, aku akan pergi! Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing.”
Lima tahun berlalu…
Jejaka tidak menikah lagi, tetapi berusaha mencari khabar tentang kehidupan Dara. Khabarnya Dara pernah menikah dengan seseorang selepas itu, tetapi jodohnya tidak panjang juga. Jejaka yang tahu semua tentang Dara, merasa kecewa kerana dia tak pernah diberi kesempatan untuk kembali. Dara tak pernah menunggunya.
Suatu malam yang sunyi, saat Jejaka menghirup secawan kopi panas, dia merasakan ada yang sakit di dadanya. Tapi dia tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan Dara. Ditakdirkan mereka bertemu kembali secara tidak sengaja.
“Kamu apa khabar?” tanya Jejaka.
“Baik-baik saja. Hmm, apakah kamu sudah menemukan rusukmu yang hilang?” tanya Dara spontan.
“Belum,” jawab Jejaka sepatah.
“Aku akan ke luar negara esok. Mungkin akan pulang dua minggu lagi,” beritahu Dara.
“Telefon aku kalau kamu sempat. Kamu tahu nombor telefon rumah kita, bukan? Masih tidak berubah. Dan, tak akan ada yang berubah,” kata Jejaka.
Dara tersenyum kemudian berlalu.
Seminggu kemudian, Jejaka mendengar khabar bahawa Dara mengalami kemalangan, dan meninggal.
Malam itu, sekali lagi, Jejaka menghirup kopi panas dan kembali merasakan sakit di dadanya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana Dara - tulang rusuknya sendiri, yang telah dengan bodohnya dia patahkan
MORAL… Susah nak cari gadis yang sebenarnya adalah tulang rusuk kiri lelaki…

Ini ada satu cerita

Ini ada satu cerita yang aku simpan dari sejarah hidup aku dulu.. Baca2lah ya...

Terima Diri Pasangan Kamu Seadanya
Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.
Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya:
“Abang, sayang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita”, katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.
“Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia…”.
Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.
Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. “Sayang akan mulai dulu ya”, kata isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat …
Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri suaminya, ia memperhatikan suminya tertunduk dan sedikit airmata bergenang di sisi matanya… mungkin ada sedikit kesedaran pada perwatakannya sebelum ini tanpa disedari…
“Maaf bang, apakah sayang harus berhenti ?” tanyanya.“Oh tidak, teruskan …” jawab suaminya.
Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, “Sekarang giliran abang pula membacakan senarai abang..Sayang sedia mendengarnya” .
Dengan suara perlahan dan tersekat-sekat suaminya berkata, “Maafkan abang…Abang tidak mencatat sesuatu pun di atas kertas abang. Abang berfikir bahawa sayang sudah sempurna di sisi abang, dan abang tidak ingin mengubah akan diri sayang. Sayang adalah diri sayang sendiri. Sayang cantik dan baik di sisi abang. Tiada satupun daripada peribadi sayang yang dapati dapati kurang…Abang sayang dan cintakan isteri abang yang dulu dan sekarang dan selama-lamnya selagi hayat abang…..”Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya… bahawa isSuaminya menerima dirinya seadanya. Dia kemudian tertunduk dan menangis…
Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?… Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN. Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada yang perlu diperbaiki…..
Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita….

salam...

hai pada semua pembaca yang baca blog yang x seberapa nie... just create this blog to record my daily life, just record yang penting je (xkan lah nak tulis hari ni makan apa, buat kerja apa) huhuhu
anyway, this is my first time tulis blog so maaflah kalau ada pengisian di dalamnya yang kureeeeng sikit..biasalah noob...