Wednesday, June 8, 2011

Youth Unity Photoshoot 3 June 2011, Taman Tasik Titiwangsa


                                Talent: Elyn Nadya
  

                                                                    Talent: Siti Aisyah

                                                                    
                                                                      Talent: Qys Iryn


                                                                       Talent: Qys Iryn

Pada 3 June 2011, saya menyertai event outing photoshot kelolaan abg Noh @ MNJ di mana ia disertai oleh kebanyakan peminat fotografi yang berpusat di Kuala Lumpur dan Shah Alam. Event kali ini berjalan lancar serta dipenuhi dengan gelak tawa gara-gara lawak yang dibuat oleh photographer & model... Gagagaga :D Memang langsi diorang ni...

Thursday, June 2, 2011

Wedding Ayah Sedara aku: Eddy & Kay (Mak Sedara gua yang cun ;D)






Kali ni, salah seorang lagi ahli keluarga Haji Dani telah menamatkan zaman bujang mereka iaitu Eddy yang merupakan anak kepada Mak Su. Tahniah Eddy, moga berbahagia sehingga ke akhir hayat. Gagagaga :D

Lihat, sama padan dan sama cantik kan mereka ni? :)
Sat sat, aku bukan OP (Official Photographer) ya, Ini just sekadar suka2 shot gambar je... Gagagagaga

PS: Baru tahu rupa2nya mak sedara gua yang cun ni member kamceng Cut Elasari, isteri Pak Amri Ginang, my mentor.. Eishh. Kecik plak dunia ni....





iNOVA 2011 (Lorong Seni) Putrajaya




Add caption






Add caption


iNOVA merupakan pameran Degree Show pelajar Grafik dari Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (FSSR) UiTM Shah Alam di mana ia akan mempamerkan karya terbaik 30 pelajar yang terpilih dari 134 pelajar. Selain dari itu, ia juga merupakan platform utk para pelajar grafik mencari pengalaman berniaga melalui Art Market di Lorong Seni dan juga menjadi satu medium untuk para pelajar mencari peluang kerjaya di Lorong Seni.

Apa yang ada di sana? Banyak beb.. Kita ada flash mob dance, Band Tanpa Letrik RGB (menggunakan bahan buangan kitar semula sebagai alat muzik), talk dari orang yang sudah lama di dalam industri seni, pameran hasil karya pelajar grafik, jualan barangan seni yang dihasilkan oleh pelajar Grafik dan sebagainya lagi... Gagagaga ;D

Akar Kayu & Kuku Besi Exhibition





















Talent: Haslee Idayu




















Talent: Cici Mustaffa




















Talent: Qys Iryn






















 Talent: Azie Radzali



Outing photoshot kali ini dibuat pada 21 Mei 2011 dan ia dianjurkan oleh Abg Noh dan bertempat di galeri Seni Shah Alam, Selangor.  


Wednesday, June 1, 2011

Farewell Batch AD221 2009 -2011


Saya selaku ketua kampung yang sudah pencen hari Ahad yang lepas ingin memohon maaf sekiranya saya ada terbahan, terkutuk, termaki, tercarut, tertunjuk penumbuk, terjelir lidah, buat muka hantu sepanjang 2 tahun kita belajar bersama-sama di FSSR ini.

('',) Thanx 4 Everythings... To me, u all in this batch are special friends than others... U guyz is SO ROCK & wa caya sama lu....

Pada brader Am aka Ilham Shihab & Mayang aka Hamizan Robbin, korang memang langsi beb. Aku akan rindu saat2 kita buat lawak barua, lawak ptui hak tui & bahan membahan time buat kerja untuk INOVA. Tak langsi la nak tacing2 kalo kena bahan.. Gagagagagaga

Selamat tinggal kawan2 batch saya yang langsi & stylo ni...

Dulu & Sekarang

Tergerak hati nak buat post ini sebab satu hari tu mak aku tanya aku bilala agaknya dia leh timang cucu. Sedara-mara semua dah kawin & dah bertunang. Tinggal aku sorang je dalam keluarga Haji Dani yang belum lagi. @_@


Dulu 7 tahun yang lepas

- Teringat time diploma dulu, kenal beliau sebab tersalah hantar SMS kat budak photo , nombor nak dekat sama mana tak tersalah hantar. Beliau pun budak Photo gak ;D
- Teringat time diploma dulu, Nak pergi mana mesti berteman dengan beliau keluar makan, tengok wayang & joging

- Teringat time diploma dulu, seminggu sekali mesti top-up 10 ringgit sebab nak sms 24 jam dengan beliau. Hari2 SMS dengan beliau hatta time nak mandi pun sama
- Teringat time diploma dulu, selalu kena sound "Awat selekeh sangat ni noo, pakailah smart sikit.." tiap kali keluar dengan dia

- Teringat time diploma dulu, beliau juga yang ajar aku basic menangkap gambar, selok-belok + teori, pastu aku develop sendiri ikut style aku

- Teringat time diploma dulu, jarang sangat bergaduh sebab masing-masing boleh bertoleransi & bertolak-ansur

- Teringat time diploma dulu, dengan orang lain aku tak banyak cakap sangat, dengan beliau ni, boleh cakap non-stop + buat lawak sampai beliau boring nak layan :D

- Teringat time diploma dulu, beliau jenis lasak + brutal, aku plak cool + langsi

- Teringat time diploma dulu, selalu tolong antara satu sama lain tiap kali aku or beliau ada masalah

- Teringat time diploma dulu, time nak hujung sem aku & dia tak ada duit sebab baru pas bayar untuk print kerja final grafik + photo. Sanggup dia curi bekal kat kafe kolej dia untuk kitorang makan sama-sama kat Tasik Shah Alam Sec 2. Susah senang tetap bersama.


Sekarang selepas 7 tahun

- Bila sudah single ni, dulu selalu SMS, sekarang langsung tak rajin sangat ber-SMS. Cuma akan balas SMS atas urusan kerja or ada urusan penting.

- Bila sudah single ni,pergi mana-mana tengok wayang or beli barang kekadang bertemankan member or kalo diorang bz, aku pergi sorang je...

- Bila sudah single ni,selalu pakai sempoi-sempoi je tiap kali keluar. Malas nak pakai smart-smart..

- Bila sudah single ni,minat terhadap photography tak pernah padam. Cuma malas nak keluar shot apa-apa sebab dah kehilangan inspirasi.

- Bila sudah single ni,tak tahu nak gaduh dengan sapa ;D

- Bila sudah single ni,tak tahu nak buat lawak & borak2 dengan sapa...

- Bila sudah single ni,tetap maintain cool + langsi

- Bila sudah single ni,susah nak cari yang boleh terima diri aku seadanya & sanggup bersama time susah & senang...

Mak, kalau ada jodoh tu adalah. Bukan memilih, cuma belum jumpa lagi orangnya...