Sunday, November 28, 2010

Cuti Time

Yeha.. Cuti time sampai hujung tahun ni.. Sangap tak tau apa nak buat.... ;p

Monday, October 11, 2010

Demam~~

Secara rasminya, saya demam..yeah ;p
Tapi kena tunggu giliran lama sangat kat Pusat Kesihatan,....

Saturday, October 9, 2010

Bukan kayu ukuran...


Baru-baru ini semasa sedang membelek-belek FB Kukubesi, aku tertarik dengan kata-kata dari seorang pengunjung Kukubesi yang mana dia mengatakan

"...Gadjet bukan ukuran, tpi idea yg mantapz jadi taruhan..."
credit to: Minez Sharpshooter

Bila direnung2kan, betul juga kata dia sebab selama ini aku shot gambar pakai kamera antik ja, takda speed light mahal, xda soft box, masih dapat juga tangkap gambar yang menarik. Pendek kata, gajet mahal bukan jaminan untuk menangkap gambar yang cantik, gempak, cun, meletup-letup..

Yang penting basic di dalam photography kena kukuh dulu baru bole tangkap gambar yang gempak-gempak.... 

Photoshot Muslimah - Talent:: Cik Mila










Talent: Karmila Bt. Sunu
Age: 22
From: Sabah

Melaka, Here We Come...

Pada minggu lepas, aku dan budak group aku pergi merayau ke Melaka sebab nak makan ikan bakar... Eh, taklah, kitorang nak interview tokoh untuk assignment kitorang, so kenalah pergi ke Melaka sebab tokoh tu tinggal di Melaka. Hehehe..

Selepas habis interview tokoh dalam 4-5 jam, kami buat keputusan nak pergi makan ikan bakar di Melaka Bandaraya Bersejarah. Sedap gak tu.. Lain kali nak pergi sana lagi ramai-ramai...

Tour to KL

Dalam minggu ni, classmate aku minta tolong aku angkut diorg pergi Kuala Lumpur sebab diorang nak shoot bangunan lama untuk assignment kelas Encik Sharkawi. Disebabkan minggu ni aku free sangat-sangat ditambah lagi kelas aku semuanya batal so aku on ja... Sharing is CARING ;3

Adalah dalam dekat 4 jam juga kami luangkan masa di sana sebab aku pun dah lama tak pergi ke pusat bandar so hilang ingatan jap... (Tak nak ngaku dah nyanyuk ler tu... ;p) So far, photoshot berjalan dengan lancar, cuma disebabkan cuaca hujan, so tak banyak sangat gambar outing yang kitorang dapat tangkap....

Gambar diambil di Dataran Merdeka

Helmi Burhanuddin.... Apa maksudnya?

Helmi Burhanuddin merupakan nama yang diberi oleh ibubapa aku.. II'm proud with my name ok.. (Walaupun ada juga member yang buat lawak dengan nama aku dengan menyamakan nama aku dengan nama jalan...)

Maksud nama Helmi Burhanuddin di dalam Islam ialah
Helmi: sabar dan berakal + Burhanudin : dalil/cahaya/bukti agama..

Thank kepada Dean Da'im (Solahudin) sebab bersusah-payah mencarikan maksud nama aku ni... Saya lebih suka ada nama berciri Islam berbanding nama ala-ala beruk mat yeh~~ 

Terlanjur Cinta - Rossa feat Pasha Ungu...


Jiwang Mode: Mendengar lagu ini menyebabkan aku teringat cerita lama... Especially pada lirik minit ke 3.00... Sigh.. Guess i still can't forget my past after 3 years...

And that the reason why i still solo~~ ;p

JUNSEN? Apa itu...?


Ramai tanya apa tu JUNSEN.. Napa ada yang panggil aku macam tu sedangkan aku lagi tua dari diorang? Sebenarnya semua itu terjadi apabila aku sedang chat dengan student melalui FB chat.. Sambil berborak-borak mengenai perihal diri, sempat plak dia tanya aku, camana dia nak panggil aku? Abang or adik sebab dia satu semester lebih tinggi dari aku (Aku junior dia ler) tapi aku lagi tua 4 tahun dari dia (Usia tidak menipu ;p).. Last-last aku cakap, panggil je aku JUNSEN sebab aku JUNIOR pada semester dan SENIOR pada umur... JUNIOR + SENIOR = JUNSEN... Ringkas dan mudah bukan? kekeke

Edit Edit...

Ramai bertanya apa bezanya Photography dan PhotoGraphic.. Senang je dik.. Photography tu adalah sesuatu yang kita shot menggunakan kamera sebagai medium untuk merakamkan subjek yang kita mahukan dan tidak diedit secara melebih-lebih manakala Photographic adalah merupakan satu teknik Photography + Graphic di mana gambar diedit secara kaw-kaw untuk memberikan impak yang lebih berkesan pada gambar tersebut.. Tapi kalo over punya edit sampai hilang originality gambar tersebut, itu bukan lagi PhotoGraphic, itu ialah PhotoFreak... ;p

Gambar di atas adalah contoh PhotoGraphic...

Talent: Mohd Shahril Bin Zainal (Chael)
Age: 26
From: Salak Selatan

Saya Bangga Saya Anak Malaysia

Saya bangga saya anak Malaysia. Adakah anda juga bangga? Renung2kan dan selamat beramal...

Pic diambil di Dataran Merdeka...

Muslimah Photoshot 05


Memperkenalkan model Muslimah untuk tema ini. Berlokasikan di Masjid Putrajaya, photoshot berjalan lancar walaupun hujan. Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada Cik Mila kerana sudi menjadi model untuk photoshot aku.

Talent: Karmila Bt. Sunu
Age: 22
From: Sabah

Muslimah Photoshot 04


Memperkenalkan model Muslimah untuk tema ini. Berlokasikan di Masjid Putrajaya, photoshot berjalan lancar walaupun hujan. Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada Cik Mila kerana sudi menjadi model untuk photoshot aku.

Talent: Karmila Bt. Sunu
Age: 22
From: Sabah

Muslimah Photoshot 03

Memperkenalkan model Muslimah untuk tema ini. Berlokasikan di Masjid Putrajaya, photoshot berjalan lancar walaupun hujan. Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada Cik Mila kerana sudi menjadi model untuk photoshot aku.

PS: Untuk gambar ini, aku edit menggunakan Photoshop 7 untuk menampakkan kelainan.

Talent: Karmila Bt. Sunu
Age: 22
From: Sabah

Muslimah Photoshot 02


Memperkenalkan model Muslimah untuk tema ini. Berlokasikan di Masjid Putrajaya, photoshot berjalan lancar walaupun hujan. Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada Cik Mila kerana sudi menjadi model untuk photoshot aku.

Talent: Karmila Bt. Sunu
Age: 22
From: Sabah

Muslimah Photoshot 01

Memperkenalkan model Muslimah untuk tema ini. Berlokasikan di Masjid Putrajaya, photoshot berjalan lancar walaupun hujan. Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada Cik Mila kerana sudi menjadi model untuk photoshot aku.

Talent: Karmila Bt. Sunu
Age: 22
From: Sabah

Keindahan Muslimah....

Apa kena mengena Muslimah dengan tajuk ini? Ini disebabkan aku berminat dengan Muslimah. Mungkin disebabkan kegagalan pada masa dulu menyebabkan aku sangat memilih, dan bonda juga inginkan seorang yg Muslimah. Disebabkan itu, aku mula menanam niat untuk membuat photoshot bertemakan Muslimah. Mujurlah aku terbaca iklan kerja kosong yang memerlukan free lance photographer, dan aku ingin mengambil peluang ini bagi mengembangkan minat aku di dalam fotografi.

Disebabkan itu, aku telah mula meng'survey' rakan-rakan yang boleh menjadi model Muslimah. Kali ini kriteria model yang aku inginkan sgt ketat.. No more SEXY MODEL.. I'm getting tired with it... Mujurlah kali ini aku menemui permata yang patut diasah sejak awal lagi. Selepas bertanyakan serba sedikit soalan ringkas mengenai pengalaman dia, akhirnya cik model bersetuju untuk menjadi model aku, hanya cuma perlu memilih masa yang sesuai untuk sesi photostot...

Ps: Aku cumalah Photographer Amatur yang belajar sendiri selok-belok seni Fotografi... Masih belum layak menjadi Profesional...

Perbincangan telah dibuat untuk memilih masa yang sesuai dan cik model bersetuju untuk membuat sesi photoshot pada hari Jumaat di Masjid Putrajaya.

Ada apa dengan Major...?


Major oh Major.. Itulah dilema yang sering dihadapi oleh pelajar yang sedang menghadap Major atau bakal menghadap Major semester depan nanti... Major merupakan subjek MAUT yang sering membuatkan pelajar berasa tension, pening kepala, sakit jiwa dan kadang-kadang ada yang angkat bendera putih disebabkan subjek ini....

Major itu apa? Ia adalah subjek yang memerlukan para pelajar memilih apakah kempen ataupun produk yang mereka ingin buat untuk semester terakhir mereka yang mana ia akan berlaku dalam setahun atau 6 bulan bermula dari sekarang...

Major bukannya perkara yang semudah macam makan kacang tanah atau laksa Champion mak saya. Major merupakan satu subjek yang super susah (Believe me, sebab saya dah merasa dah time Diploma dulu.. It really difficults, guyz)

Untuk subjek ini, kita perlu buat research, research, research dan kita jug akena faham dan explore dengan lebih terperinci mengenai tajuk yang ingin kita buat tu. Major sebenarnya tak susah. Yang penting kita faham apa yang kita nak buat, explore kelebihan dan kelemahan tajuk tersebut dan juga solution macamana kita nak sampaikan mesej tajuk tersebut kepada orang ramai (Lecturer) dan seterusnya tajuk major itu akan dibentangkan semasa Degree Show.

Degree Show merupakan peringkat terakhir untuk kita tunjukkan apa yang kita dah pelajari selama 2 tahun ini. Lecturer juga mengharapkan yang terbaik dari kita (Maksudnya, mereka nak kita tunjukkan hasil kerja yang terbaik dari ladang, hasil kerja yang boleh membuatkan mereka bangga dengan pelajar mereka, hasil kerja yang boleh membuatkan pengujung luar berasa kagum)

Solutionnya... No matter how much time you want to give up, don't u ever try to give up.. Do your best guyx... Lecturer act too strict because they want the best from us. They want we prepare for the real world and harsh experience. I know because i have experienced it...

Akhirnya....


Akhirnya selepas berbulan-bulan bz dengan assignment dan masalah yang datang melanda aku secara non-stop, berjaya juga aku mencuri masa untuk meluangkan masa untuk ber'blogging' semula...

Life sebagai student memang bz dengan assignment yang berlambak-lambak TAPI bukan assignment yang mana kita kena design macam2.. Tapi more to the research, research, research, research.....

Tapi aku tak menyesal jadi student semula pada usia yang agak lewat ini sebab sekurang-kurangnya aku boleh kenal kawan2 baru dan juga menambah lagi kawan2 baru...

Sekarang ini aku menetap di Shah Alam.. Seksyen mana? Section je.. Alasan nak mengada-ngada nak duk kat Shah Alam? Rumah jauh maaaa, aku dah kena repeat satu subjek gara2 tak datang kelas sebanyak 5 kali.... Siap dapat status ZZ sekali tuuuuu...

Nasib baik semester ni, madam untuk subjek yg aku repeat tu cool je dgn repeater. Dia kata yg repeater nak datang kelas bole, xnak dtg pun bole, yg penting sign attendance.

Hope semester ni aku lulus dgn cemerlang sekali lagi~~ Wish me luck...

Thursday, January 7, 2010

Banyaknya Gelaran Aku...


Korang pernah ada gelaran @ nama panggilan tak?


Mesti ada punya kan sebab time kecik-kecik, mesti korang diberi nama panggilan ikut fizikal @ personaliti korang macam Man Panjang, Awang Hitam, Minah Gebu.


Takpun korang diberi nama panggilan sebab nama asal korang panjang sangat macam Muthusamy Valiappan Apacha a/l Ronoli (merepek je nama ni. Hahaha)


"...Untuk post kali ni, aku nak ceritakan beberapa nama panggilan dan asal-usul nama panggilan tu..."


Time kecil-kecil dulu aku dipanggil Mie sebab nama asal aku Helmi, so nak cepat punya pasal, parent & sanak saudara aku panggil aku Mie je. Alasannya, senang disebut. Hahaha...


Ini time aku form 3, sebab dalam kelas aku ada 2 pelajar yang nama Helmi, so masing2 diberi nama panggilan yang berbeza. Helmi yang tu dipanggil Helmi Penyu sebab dia dari negeri penyu bertelur. Manakala aku pula dipanggil Mat Samseng.


Sebab apa dipanggil Mat Samseng? Sebab personaliti aku masa tu ganas sikit. Tapi panas baran pula tu, selalu juga lawan cakap cikgu kalau tak puas hati. Tapi sekarang ni aku dipanggil Mat je sebab aku dah tak ada lagi nak berperangai ganas-ganas macam tu. Kenangan time bebudak dulu-dulu ni. Hehe...


Ini masa study kat diploma dulu... Aku dipanggil Spy. Kenapa dipanggil macam tu sedangkan aku ni, xda ciri-ciri nak jadi spy macam James Bond.


Sebabnya aku selalu suka sikat rambut ke belakang (kalau korang pernah sekolah menengah tahun 1999-2001), fesyen rambut yang popular ialah sikat rmbt ke belakang. Bajet macho konon-kononnya... Bukan macam sekarang ni, semua buat rambut pendek tercacak-cacak...

"...Tapi sebenarnya nak elakkan dari kantoi dengan Cikgu Disiplin sebab kitorang time tu suka simpan rmbt panjang, kikis rambut tepi... Hahaha..."


Masa aku kerja pula, aku dipanggil Hitler sebab cara aku berikan arahan dan perintah yang ketat dan ganas pada anak buah aku (lepas kerja 2 tahun baru naik pangkat yang berjawatan lebih senior sikit).


Zaman tulah aku selalu ragging anak buah aku, suruh diorang berfikiran kreatif dan tingkatkan skill diorang. Aku nak tengok diorang majukan diri, jangan asyik berada dalam zon selesa saja.

At least, adalah beberapa anak buah aku yang tunjukkan peningkatan, so bolehlah aku berhenti kerja sebab nak sambung Ijazah kat UiTM Shah Alam...


"...Mari kita lihat nanti apa yang kawan-kawan degree batch aku akan panggil aku nanti..."
See you in da next class kalo aku tak bz ya ^_^
07.01.2010

Tuesday, January 5, 2010

Di Persimpangan Dilema~~


Susah.. Susah... Aku berada dalam dilema


(...Teringat pula lagu Di Persimpangan Dilema nyanyian Nora)


Agaknya korang tertanya-tanya kenapa dengan aku ni? Dah tak betul ke? Jangan risau, aku ok je cuma aku berada dalam dilema sebab tak sure nak ambil subjek apa untuk antar disiplin


"...Subjek Elektif pula tu..."


Memula aku ingat nak ambil Photography sebab aku memang minat sangat. Tapi aku ragu-ragu juga ni sebab persoalannya boleh ke orang biasa (not natural born Photographer) ambil subjek ni? Ingat nak ambil subjek Drawing, tapi aku pun dah lama tak melukis, dah dekat 5 tahun lebih tu >_<...


Apa nak buat? Apa nak buat ya? Hohoho...


Ini betul-betul brutal punya dilema ni... @_@
See you in da next class kalo aku tak bz ya ^_^
05.01.2010

Project..oo..Management~~


Kembali lagi... Hehehe... Hari ini memang lawak gila. Kelas Project Management pada waktu pagi tadi, korang tau bukan sapa lecturer aku? Encik Ghazali...

Berikan tepukan untuk En. Ghazali sebab kembali mengajar!! Clap Clap Clap

(Maaflah sebab aku tak pasti tahun berapa dia kembali mengajar sebab dah dekat 5 tahun aku menjauhkan diri dari FSSR)

Tak sangka lepas 5 tahun beliau bekerja di Unit Korporat UiTM, Encik Ghazali mengajar balik, nak-nak pula tu mengajar group aku... (Group D). Yang lagi best, Encik Ghazali still boleh cam satu-satunya pelajar dia yang sekor ni yang perangai macam hantu terlepas dari kandang... Tapi yang tak syoknya, aku dah 26 lah encik. Tak percaya ke aku umur 26? Hahaha~~

Apa-apa pun, sila beri tunjuk ajar pada saya ya Encik Ghazali walaupun saya ada pengalaman, saya masih dahagakan pengetahuan ^_^ Good Luck To Me!!
See you in da next class kalo aku tak bz ya ^_^
05.01.2010

Monday, January 4, 2010

Tahun Baru 2010, Semester Baru Juga...


Perghhh, lama gila tak update blog ni. Maklumlah sibuk sangat masa cuti sebulan ni. Nak rehatkan minda aku yang dah penat dengan permainan dunia ini...

Lupa nak kata, Selamat Tahun Baru untuk semua kawan-kawan~~
Apa agaknya azam korang semua tahun ni? Azam aku? Sama macam tahun-tahun yang lepas juga.

"...Aku berazam semoga tahun ni aku dapat mengcontrol mulut aku dari sumpah seranah orang yang suka buat aku marah. Tak mau lagilah sebut-sebut organ perkumuhan lelaki dan perempuan tak kira dalam apa bahasa pun..."

Cukuplah, dah nak dekat 30 tahun ni, aku patutnya jadi contoh yang baik pada kawan2 gua yang muda. Satu hari nanti aku kena jadi mentor untuk generasi muda juga (Ececece :P)

Mulai 4.01.2010 ni, bermulalah semester baru untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam Seni Reka Grafik di UiTM Shah Alam. Dah semester 4 ni, lagi 2 semester lagi baru aku boleh grad.

"...Kalau ada rezeki, mungkin aku nak sambung Master...."

Sepanjang aku study kat UiTM ni, aku dah jumpa kawan-kawan dengan perlbagai jenis personaliti. Boleh dikatakan pengajian aku di peringkat ini memang happening dan terlampau lawak takdalah glooming time diploma dulu. Sebabnya bila dah mecam-macam jenis personaliti disumbat dalam satu tin kosong, bolehlah korang bayangkan apa yang jadi kan?

Nasib baik ada juga lecturer lama yang pernah mengajar aku masa Diploma dulu masih cam muka aku walaupun dah nak dekat 5 tahun tak jumpa dan wajah aku pun dah banyak berubah.

Soalan yang paling tak boleh blah masa aku study, ada yang tanya:

"Dah tua-tua ni, kenapa nak sambung belajar lagi ni? Patutnya umur macam kau ni dah boleh kawin dah..."

Soalan yang aku malas nak jawab. so aku jawablah dengan senyuman. Nenek pernah kata senyuman tu satu sedekah... Hehehe

Untuk semester ini, FSSR (Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka) dah buatkan laluan pejalan kaki kat bukit sebelah FSSR, so takdalah lagi pelajar diorang bersusah-payah panjat bukit nak pergi kelas.

Oh yes, Studio Grafik dah pasang aircond dah, best ni. Puan Jamizan pun kata diorg tgh dalam proses nak pasangkan 30 PC baru... iMAC model yang terlatest ke puan? Hehe

Yang tak bestnya, FSSR dah pasangkan palang auto sebab tak mau ada masalah kesesakan parking lagi macam semester lepas. Aiyo, kalo aku tahu awal-awal, patutnya aku beli motor Ducati, bukannya MYVI..Huhuhu... Tapi mungkin dalam 5 tahun lagi aku nak pakai Satria NEO plak. Doakan jer k...

Masalah pendaftran kumpulan? Masalah yang sama setiap kali semester baru bermula. Sian plak dengan student group lain sebab group lama diorang dah kena eliminated so maknanya diorang kena masuk group lain lah. Tapi masalahnya, satu group cuma boleh sumbat 30 orang je, so sapa cepat dia dapat. (Nasib baik aku dah daftar awal-awal sebab 'orang dalam' nasihatkan aku daftar awal sebab next semester group maybe nak kena dikurangkan...) Pada pemerhatian gualah, group C lah yang jadi pilihan ramai pelajar..

Dei, group D pun best apa :P

See you in da next class kalo aku tak bz ya ^_^
04.01.2010