Tuesday, January 5, 2010

Project..oo..Management~~


Kembali lagi... Hehehe... Hari ini memang lawak gila. Kelas Project Management pada waktu pagi tadi, korang tau bukan sapa lecturer aku? Encik Ghazali...

Berikan tepukan untuk En. Ghazali sebab kembali mengajar!! Clap Clap Clap

(Maaflah sebab aku tak pasti tahun berapa dia kembali mengajar sebab dah dekat 5 tahun aku menjauhkan diri dari FSSR)

Tak sangka lepas 5 tahun beliau bekerja di Unit Korporat UiTM, Encik Ghazali mengajar balik, nak-nak pula tu mengajar group aku... (Group D). Yang lagi best, Encik Ghazali still boleh cam satu-satunya pelajar dia yang sekor ni yang perangai macam hantu terlepas dari kandang... Tapi yang tak syoknya, aku dah 26 lah encik. Tak percaya ke aku umur 26? Hahaha~~

Apa-apa pun, sila beri tunjuk ajar pada saya ya Encik Ghazali walaupun saya ada pengalaman, saya masih dahagakan pengetahuan ^_^ Good Luck To Me!!
See you in da next class kalo aku tak bz ya ^_^
05.01.2010

No comments:

Post a Comment