Saturday, October 9, 2010

Keindahan Muslimah....

Apa kena mengena Muslimah dengan tajuk ini? Ini disebabkan aku berminat dengan Muslimah. Mungkin disebabkan kegagalan pada masa dulu menyebabkan aku sangat memilih, dan bonda juga inginkan seorang yg Muslimah. Disebabkan itu, aku mula menanam niat untuk membuat photoshot bertemakan Muslimah. Mujurlah aku terbaca iklan kerja kosong yang memerlukan free lance photographer, dan aku ingin mengambil peluang ini bagi mengembangkan minat aku di dalam fotografi.

Disebabkan itu, aku telah mula meng'survey' rakan-rakan yang boleh menjadi model Muslimah. Kali ini kriteria model yang aku inginkan sgt ketat.. No more SEXY MODEL.. I'm getting tired with it... Mujurlah kali ini aku menemui permata yang patut diasah sejak awal lagi. Selepas bertanyakan serba sedikit soalan ringkas mengenai pengalaman dia, akhirnya cik model bersetuju untuk menjadi model aku, hanya cuma perlu memilih masa yang sesuai untuk sesi photostot...

Ps: Aku cumalah Photographer Amatur yang belajar sendiri selok-belok seni Fotografi... Masih belum layak menjadi Profesional...

Perbincangan telah dibuat untuk memilih masa yang sesuai dan cik model bersetuju untuk membuat sesi photoshot pada hari Jumaat di Masjid Putrajaya.

No comments:

Post a Comment