Wednesday, June 1, 2011

Dulu & Sekarang

Tergerak hati nak buat post ini sebab satu hari tu mak aku tanya aku bilala agaknya dia leh timang cucu. Sedara-mara semua dah kawin & dah bertunang. Tinggal aku sorang je dalam keluarga Haji Dani yang belum lagi. @_@


Dulu 7 tahun yang lepas

- Teringat time diploma dulu, kenal beliau sebab tersalah hantar SMS kat budak photo , nombor nak dekat sama mana tak tersalah hantar. Beliau pun budak Photo gak ;D
- Teringat time diploma dulu, Nak pergi mana mesti berteman dengan beliau keluar makan, tengok wayang & joging

- Teringat time diploma dulu, seminggu sekali mesti top-up 10 ringgit sebab nak sms 24 jam dengan beliau. Hari2 SMS dengan beliau hatta time nak mandi pun sama
- Teringat time diploma dulu, selalu kena sound "Awat selekeh sangat ni noo, pakailah smart sikit.." tiap kali keluar dengan dia

- Teringat time diploma dulu, beliau juga yang ajar aku basic menangkap gambar, selok-belok + teori, pastu aku develop sendiri ikut style aku

- Teringat time diploma dulu, jarang sangat bergaduh sebab masing-masing boleh bertoleransi & bertolak-ansur

- Teringat time diploma dulu, dengan orang lain aku tak banyak cakap sangat, dengan beliau ni, boleh cakap non-stop + buat lawak sampai beliau boring nak layan :D

- Teringat time diploma dulu, beliau jenis lasak + brutal, aku plak cool + langsi

- Teringat time diploma dulu, selalu tolong antara satu sama lain tiap kali aku or beliau ada masalah

- Teringat time diploma dulu, time nak hujung sem aku & dia tak ada duit sebab baru pas bayar untuk print kerja final grafik + photo. Sanggup dia curi bekal kat kafe kolej dia untuk kitorang makan sama-sama kat Tasik Shah Alam Sec 2. Susah senang tetap bersama.


Sekarang selepas 7 tahun

- Bila sudah single ni, dulu selalu SMS, sekarang langsung tak rajin sangat ber-SMS. Cuma akan balas SMS atas urusan kerja or ada urusan penting.

- Bila sudah single ni,pergi mana-mana tengok wayang or beli barang kekadang bertemankan member or kalo diorang bz, aku pergi sorang je...

- Bila sudah single ni,selalu pakai sempoi-sempoi je tiap kali keluar. Malas nak pakai smart-smart..

- Bila sudah single ni,minat terhadap photography tak pernah padam. Cuma malas nak keluar shot apa-apa sebab dah kehilangan inspirasi.

- Bila sudah single ni,tak tahu nak gaduh dengan sapa ;D

- Bila sudah single ni,tak tahu nak buat lawak & borak2 dengan sapa...

- Bila sudah single ni,tetap maintain cool + langsi

- Bila sudah single ni,susah nak cari yang boleh terima diri aku seadanya & sanggup bersama time susah & senang...

Mak, kalau ada jodoh tu adalah. Bukan memilih, cuma belum jumpa lagi orangnya...

4 comments:

  1. hah pnjang lebaq post......g bg mak hang baca lahh..bru taw~~~haha

    ReplyDelete
  2. haha, malas..nnt kena leter 2 jam dgn dia pasal malas nak cari calon :D gagagaga

    ReplyDelete
  3. ayat memang xtahan...hahha
    nice post....

    ReplyDelete
  4. bahaha... nila jadinya bila tgh boring ni.. ke laut la tulisan aku ;D

    ReplyDelete