Monday, October 3, 2011

Kerja Kejap jadi Still Photographer untuk filem muzikal rock LEFTWINGS

Semasa saya menamatkan pengajian saya pada penghujung bulan 5, saya telah diajak oleh pak long saya untuk menjadi Still Photographer filem hasil kolaborasi di antara beliau dan Faisal Chal Ahmad (Chal).. 

Sepanjang lebih 2 bulan terlibat dalam pembikinan filem LEFTWINGS ini, banyak ilmu dan pengalaman yang telah saya kutip samada baik dan buruk malah ia membantu saya memahami sepak terajang dunia seni ini yang penuh dengan ranjau berduri dan hanya orang yang berjiwa kental sahaja dapat survive di dalam industri ini.

Disebabkan itu, saya amat menghormati artis veteran yang masih dapat bertahan dan survive di dalam industri ini. Jutaan terima kasih kepada pak long saya, Nasir Jani sebab memberikan peluang kepada saya untuk mempelajari selok-belok pembikinan filem ini...

Hasil kerja saya boleh dilihat di belog ini http://leftwings2011.blogspot.com/

Manakala gambar di bawah adalah sebahagian daripada hasil kerja saya... Enjoy it guys



















Photoshot band WINGS yang buat penampilan khas untuk filem LEFTWINGS

Selebihnya boleh dilihat di page rasmi filem LEFTWINGS http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

Photographer: Helmi Burhanuddin
Weapon:
Nikon D70 + NIKKOR 50mm 1:1.8D + NIKKOR 14mm 1:2.8D + NIKKOR 80-400mm 1:4.5 - 5.6D

© All Rights Reserved. Any unauthorized copy, usage or reproduction of the image are strictly prohibited


PS: Disebabkan pernah berlaku kes baru2 ini ada orang yang mencuri gambar yang saya tangkap untuk pembikinan filem ini (TANPA KEBENARAN SAYA.. ya, TANPA KEBENARAN DAN JUGA TIADA KREDIT UNTUK SAYA. LETAK WATERMARK PUN TAK GUNA JUGA) dan mengaku hasil usaha saya itu sebagai miliknya menyebabkan saya pernah terfikir nak berhenti saja dari industri ini...

Apa-apa pun ini merupakan sebuah filem muzikal rock yang bagus dan berbaloi untuk ditonton kerana skripnya ditulis oleh Nasir Jani, pengarah filem Kembara Seniman Jalanan. Wajib ditonton...  
Should i quit or should i keep going?

No comments:

Post a Comment