Monday, October 10, 2011

My First Step... CLIQ! PHOTOGRAPHY...

Akhirnya selepas fikir masak-masak, saya membuat keputusan untuk berniaga sendiri dengan kawan saya. Melalui perbincangan kami, kami ingin memulakan perniagaan yang berasaskan fotografi dan menjadikan perkhidmatan kami satu jenama yang berpusat di Cheras dan Kajang.
Melalui perbincangan sambil pekena teh tarik halia dan roti canai di Saujana Impian, kami membuat keputusan untuk menamakan perniagaan kami sebagai CLIQ! PHOTOGRAPHY.

Mengenai CLIQ!

CLIQ! merupakan jenama yang diasaskan oleh dua anak muda (Helmi Burhanuddin & Saiful Bahthiar) pada tahun 2011 yang mana mereka mempunyai cita-cita untuk berjaya di dalam dunia perniagaan berasaskan fotografi. CLIQ! bermaksud CLICK di mana ia memberikan pengertian bunyi KLIK semasa shutter ditekan manakala akronim huruf Q pada penghujung huruf CLIQ! pula bermaksud QUALITY di mana kami amat mementingkan kualiti gambar kami.

Hasil yang berkualiti tinggi merupakan identiti perniagaan kami dan berbaloi dengan pakej yang kami tawarkan. Selain daripada itu, sepupu Epol, Rain Suhati juga turut menyertai pasukan kami ini sebagai Photo Editor / Manipulator dan ini merupakans atu bonus tambahan kepada perkhidmatan kami.

Pakej yang kami tawarkan berpatutan dengan kualiti yang kami berikan. Untuk melihat portfolio kami, silalah klik link di bawah ini:

http://www.facebook.com/pages/Cliq-Photography/167214293367485


Kami menyediakan perkhidmatan yang khusus kepada:

-Wedding
-Event
-Portrait
-Product

Perkhidmatan kami disertakan pakej yang berpatutan harganya seiring dengan kualiti yang kami tawarkan. 
Sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan kami boleh diajukan kepada Pengurus Pemasaran & Promosi kami, Saiful Bahthiar Ismail (013.276.5309) ataupun melalui emel kami cliqphotography2011@gmail.com
Terima kasih kerana membaca promosi ini... >.< Weeeeeeeeeeeeeeee

4 comments:

  1. terbaik la helmi, epul.. good luck..
    aku on da way nak bukak syarikat mural & graffiti..

    ReplyDelete
  2. thank perolt..gud luck gak utk hang.. nnt dah buka bgtau kitorang je k..mana tau leh berkolaborasi nnt

    ReplyDelete